Hadis Nabi ada menyatakan, orang yang sedang jatuh cinta lebih cenderung mengingat dan menyebut orang yang dicintainya. ciri-ciri dari cinta sejati ada tiga : pertama,lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, kedua,lebih suka berjumpa dengan yang dicintainya berbanding dengan yang lain, dan ketiga,lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai berbandin kemahuan orang lain atau diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada ALLAH SWT, jadi dia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan melafazkan firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain. Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian seperti berikut:
1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta membara.Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, selalu ingin
berdua, tidak mahu berpisah dan selalu ingin memuaskan keinginan cintanya. Serta mahu memonopoli cintanya, dan hampir tak mampu berfikir tentang perkara-perkara lain.
2. Cinta rahmah adalah cinta yang penuh kasih sayang,lemah-lembut,
sentiasa bersedia untuk berkorban, serta melindunginya. Orang yang memiliki cinta jenis
rahmah ini lebih memerhatikan orang yang dicintainya berbanding kepada dirinya sendiri. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan kekasih hatinya walaupun untuk itu dia harus menderita. Ia terlalu mengetahui
kekurangan dan kelebihan kekasihnya serta selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
Selain itu cinta rahmah juga termasuklah cinta antara orang yang mempunyai talian
darah, terutama cinta ibu-bapa terhadap anak-anaknya, dan sebaliknya.Maka dalam al Qur'an , kerabat dinyatakan sebagai al arham, dzawi al arham ,
iaitu orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri,
yang berasal dari kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata
rahmah). Sejak dari dalam janin anak itu sudah dibayangi oleh suasana
psikologi kasih sayang dalam tempat yang disebut rahim.
Seterusnya diantara mereka yang memiliki hubungan darah
dianjurkan agar selalu menjalinkan tali silaturrahim( menyambung tali kasih sayang). Suami isteri yang diikat oleh talian cinta
mawaddah dan rahmah biasanya saling setia lahir batin-dunia serta akhirat.
3. Cinta mail, cinta yang untuk sementara sangat membara,
sehingga menghilangkan seluruh perhatian tentang perkara-perkara yang menjurus kepada perkara-perkara yang kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut
dalam konteks orang poligami dimana semasa sedang jatuh cinta kepada
yang muda (an tamilu kulla al mail),dia cenderung mengabaikan kepada yang tua.
4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam dan memabukkan. Orang yang diserang cinta jenis syaghaf (qad
syaghafaha hubba) menjadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir
tidak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan terma syaghaf
ketika mengceritakan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri seorang pembesar Mesir
kepada Nabi Yusuf.
5. Cinta ra'fah,rasa kasih yang dalam sehingga mengalahkan
norma-norma kebenaran, contohnya kasih kepada anak sehingga tidak
mahu membangunkannya untuk sembahyang, membela anaknya walaupun tahu anaknya di pihak yang salah. Al Qur'an
menyebut perkara ini ketika mengingatkan manusia agar janganlah cinta ra`fah yang
menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, ini dikhususkan kepada
hukuman bagi seorang pezina.
6. Cinta shobwah, cinta buta, cinta yang mendorong kepada perlakuan yang
menyimpang tanpa sanggup untuk mengelak. Al Qur'an menyebut perkara ini ketika
menceritakan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan
Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja),
kerana dikhuatiri Nabi Yusuf akan tergelincir dalam perbuatan
terkutuk.
7. Cinta syauq (rindu). Perkara ini bukan datangnya dari al Qur'an tetapi dari
hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surah al `Ankabut ayat 5
dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan
tiba. Kalimah kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur
dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika
wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya
memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa
Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada
sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan perkhabaran cinta yang
apinya berada di dalam hati pecinta, hurqat al mahabbah wa il
tihab naruha fiqalb al muhibbi
8. Cinta kulfah. perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik
kepada perkara yang positif walaupun terlalu sukar, seperti orang ibu-bapa yang
menyuruh anaknya menyapu, membersihkan bilik tidur sendiri, walaupun ada
pembantu rumah. cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahawa
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la
yukallifullah nafsan illa wus`aha.
No comments:
Post a Comment