Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebih kurang sama. Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun. Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.
Kegunaan perubatan:
• Kegunaan sebagai penahan sakit atau pain killer.
• melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat.
• penawar diabetes.
• Merawat kesakitan berkaitan perut(contoh masalah cacing dan sakit perut)
• pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.
• mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
1. susut berat badan
2. insomnia(kesukaran tidur dalam sesuatu tempoh)
3. anoreksia(gangguan makan iaitu penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurang sampai ke tingkat yang membahayakan)
4. bibir menjadi kering
5. sembelit atau kesukaran membuang air besar
6. kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya.
Kawalan di sisi undang-undang.
Di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, mereka yang memiliki air dan daun ketum boleh dihukum mengikut Seksyen 30 (5) akta yang sama dengan denda tidak lebih RM10,000 atau tidak melebihi empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.